Posts

Showing posts from 2010
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (O.I.C) Bersatu | Maju | Aman Pertubuhan Persidangan Islam atau Organizations of the Islamic Conference (OIC) merupakan pertubuhan kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Maghribi hasil keputusan Persidangan Kemuncak Pertama 25 pemimpin negara-negara Islam yang bertemu bagi membincangkan strategi ummah berikutan pembakaran Masjidil Al-Aqsa (kiblat pertama umat Islam) pada 21 Ogos 1969 oleh Israel yang menceroboh negara Palestin sejak 1967. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mewakili Malaysia ke persidangan ini. Pada Persidangan Pertama ini, selain berjaya membentuk sebuah pertubuhan Islam, para pemimpin Negara anggota turut menggariskan matlamat seperti yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan iaitu meningkatkan perpaduan dalam kalangan negara anggota; bekerjasama di dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sains; serta mempertahanka