Posts

Showing posts from September, 2013

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA-NAJIB

14 september 2013, UITM Shah Alam TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI, DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PADA MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya. 2. Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.