Posts

Showing posts from October, 2009

Bersedia hadapi Tsunami

Tsunami adalah satu perkataan jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar di atasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiannya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggia

Bersedia untuk gempa bumi

Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimumkan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah perta