Posts

Showing posts with the label bencana alam

SENTIASA BERSEDIA HADAPI BENCANA

Image

Waspada TANAH RUNTUH

Image
Faktor-faktor yang menyebabkan tanah runtuh Hujan lebat berterusan. Ribut tropika. Kesan perbuatan manusia seperti kerja-kerja pemotongan lereng bukit yang tidak terkawal, penyalahgunaan tanah di kawasan tinggi dan kerja pembersihan hutan/ladang. Sistem perparitan yang tidak mencukupi atau tidak diselenggara dengan baik. Kawasan berisiko Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh. Cerun atau saliran air. Potongan atau tambakan benteng. Pembangunan lereng bukit. 

SIAP SEDIA HADAPI BANJIR

Image
scan untuk download buku panduan menghadapi bencana PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR Peka dengan sistem amaran banjir dan sentiasa dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui media massa dan pihak berkuasa serta Bilik-bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang ditubuhkan. Periksa lubang air seperti longkang atau lubang najis supaya tidak tersekat.  Bersihkan halangan dalam longkang dan pastikan lubang najis tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Menghadapi BANJIR

Banjir adalah bencana alam yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk sesebuah negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam ketiga yang banyak mengorbankan nyawa serta kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini termasuklah banjir kilat tidak dapat dielakkan walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengatasinya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air, kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirkan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan. Negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar di samping banjir yang kerap berlaku setiap tahun sama ada di musim tengkujuh atau banjir kilat. Kerajaan telah mengambil beberapa ...

Bersedia hadapi Tsunami

Tsunami adalah satu perkataan jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar di atasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiannya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggia...

Bersedia untuk gempa bumi

Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimumkan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah perta...