Posts

Showing posts with the label Solat

SUJUD LAMBANG SIFAT HAMBA KEPADA TUHAN

Image
Daripada Ibnu Abas RA katanya, Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika sakit), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang perlu aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT."  (Hadis Riwayat Muslim)

PERGERAKAN/PERBUATAN SOLAT YANG BETUL

Image
Terdapat beberapa pergerakan dan kedudukan dalam solat yang kadang-kadang kita pun salah dan buat silap. InsyaAllah sama-sama kita betulkan apa yang tak betul. Moga-moga solat kita diterima Allah dan kita semua diletakkan dalam golongan orang yang bertakwa dan mendapat keredhaan Allah swt. KEDUDUKAN SUJUD YANG SEMPURNA KEDUDUKAN IFTIRASY YANG SEMPURNA DUDUK TAHIYAT AKHIR YANG SEMPURNA BUKU "FORMULA SOLAT SEMPURNA", USTAZ ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN, TELAGA BIRU (2008)

HIKMAH SUJUD

Image
Sujud dan Faedah Perubatan Menurut Dr. Mohd. Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti berikut: Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan: Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus / fallen band womb) Melegakan sakit hernia Mengurangkan sakit segugut ketika haid Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan (high parts of the lung) Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh Meringankan bahagian pelvis Memberi dorongan untuk mudah tidur Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika mahu sujud dan bangun darinya. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara automatik akan memastikan kelicinan perjalanan darah yan...