Bersedia untuk gempa bumi
Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimumkan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah pertama dan persediaan adalah kuncinya.
Bagaimana anda harus bersedia untuk gempa bumi
Kita mesti tahu bagaimana mempersiapkan diri kita untuk menghadapi gempa bumi supaya bila ianya terjadi kita telah bersedia untuk bertindak. Senarai berikut menerangkan tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan sebelum gempa bumi susulan. Sebahagian daripada saranan-saranan tersebut agak payah untuk dilaksanakan. Persediaan memerlukan masa dan usaha tetapi anda lebih perlu banyak bertenang dan bersikap wajar jika anda telah memikirkannya lebih awal., bukan sahaja di rumah tetapi juga di tempat kerja, di dalam stor, di lorong-lorong, di dalam kereta dan di tempat-tempat lain yang anda pergi. Bila sahaja bencana menimpa anda mesti bersedia untuk bertindak.
Tip Semasa Berlaku Gempa Bumi
• Peraturan pertama yang penting ialah bertenang dan kawal diri anda. Sekiranya anda bertenang dan bersikap waras, ini akan meningkatkan peluang anda untuk selamat daripada kecederaan.
• Cuba bertenang dan yakinkan juga orang lain.
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan
• Duduk di dalam bangunan
• Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
• Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
• Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
• Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggeluncur dan jatuh.
• Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
• Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
• Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
• Padamkan semua api terdedah.
‘duck cover hold’
• Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
• Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang.
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Tinggi
• Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
• Jangan gunakan lif.
• Patuhi prosedur pengungsian bangunan.
Sekiranya Anda Di Luar Bangunan
• Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa elektrik, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding
• Bahaya paling serius adalah jatuhan bahan-bahan binaan di bahagian luar bangunan.
Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Dekat Bangunan
• Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh.
Sekiranya anda di dalam kereta yang bergerak
• Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
• Walau bagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
• Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
• Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar elektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.
Apa Anda Harus Lakukan Selepas Gempa Bumi
• Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
• Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
• Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
• Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
• Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian. Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
• Jangan sentuh pendawaian elektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
• Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
• Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
• Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
• Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
• Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
• Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
• Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
• Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
• Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi.

Very interesting
ReplyDelete