Posts

Showing posts from November, 2009

Menghadapi BANJIR

Banjir adalah bencana alam yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk sesebuah negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam ketiga yang banyak mengorbankan nyawa serta kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini termasuklah banjir kilat tidak dapat dielakkan walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengatasinya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air, kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirkan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan. Negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar di samping banjir yang kerap berlaku setiap tahun sama ada di musim tengkujuh atau banjir kilat. Kerajaan telah mengambil beberapa