Menghadapi BANJIR
Banjir adalah bencana alam yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk sesebuah negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam ketiga yang banyak mengorbankan nyawa serta kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini termasuklah banjir kilat tidak dapat dielakkan walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengatasinya.
Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air, kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirkan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.
Negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar di samping banjir yang kerap berlaku setiap tahun sama ada di musim tengkujuh atau banjir kilat. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan Jawatankuasa Bantuan Bencana Negara untuk tugas bantuan dan menyelamat, penubuhan badan-badan sukarela, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dan juga mengadakan sistem ramalan dan amaran banjir seta menyampaikan maklumat mengenai banjir melalui media massa.
Oleh itu setiap rakyat hendaklah bersiap sedia menghadapi ancaman banjir terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko dan kerap berlaku banjir dengan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko dan kerap berlaku banjir dengan bertindak lebih awal.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan serta Bilik-bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperti longkang atau lubang najis supaya tidak tersekat. Bersihkan halangan dalam longkang dan pastikan lubang najis tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
Semasa Tanda-tanda Banjir Dikesan
• Dapatkan maklumat banjir di tempat anda melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabot, peralatan elektrik atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Isikan tong-tong yang elok dengan air bersih dan letakkan di tempat tinggi.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa pemindahan
• Berpindah segera ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan.
• Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari, ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau merbahaya.
Di dalam rumah
• Dengar pengumuman radio.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan berpindah dan keluar, segera lakukan.
Di luar rumah
• Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat. Jauhi kawasan lapang, sungai dan longkang.
• Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, berjalan kaki atau bersampan.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak dari bermain di kawasan banjir, sungai, longkang atau lombong.
• Jangan minum air banjir.
Di dalam kenderaan
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik ke tempat selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci serta tinggalkan kenderaan, pergi ke tempat yang selamat.
SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya dan golongan istimewa.
• Periksa rumah anda dan lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat.
• Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi.
Semasa memasuki rumah
• Pakai kasut atau selipar.
• Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
• Periksa tanda-tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya.
• Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah.
Periksa ancaman bahaya
• Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar dan perkakasan elektrik yang terendam air.
• Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya.)
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa sebarang kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan segera kerosakan kemudahan-kemudahan awam (bekalan air, gas dan elektrik) kepada pihak berkuasa.

Comments
Post a Comment