“Ekonomi Keperluan Rakyat" “Mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy” YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia Pembentangan Bajet 2015 10 Oktober 2014 Pengenalan Bajet 2015 yang bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat‘ menitikberatkan keseimbangan antara pengurusan ekonomi negara secara mapan dan memastikan keutamaan dan kepentingan rakyat terus terpelihara. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada kadar 6.3 peratus pada separuh 2014 memberi rangsangan kepada Bajet 2015 untuk terus memperteguh ekonomi negara. Selaras dengan itu, peruntukan keseluruhan telah dipertingkatkan sebanyak RM9.8 bilion berbanding Bajet 2014 kepada RM273.9 bilion. Tujuh strategi utama telah digariskan dalam bajet pelengkap kepada Ranc...