SIAP SEDIA HADAPI BANJIR

scan untuk download buku panduan menghadapi bencana






PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR


  • Peka dengan sistem amaran banjir dan sentiasa dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui media massa dan pihak berkuasa serta Bilik-bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang ditubuhkan.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau lubang najis supaya tidak tersekat.  Bersihkan halangan dalam longkang dan pastikan lubang najis tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Semasa Tanda-tanda Banjir Dikesan


  • Sentiasa mengikuti perkembangan banjir di tempat anda melalui pengumuman media massa atau pihak berkuasa.
  • Pindahkan perabot, peralatan elektrik atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Isikan tong-tong yang elok dengan air bersih dan letakkan di tempat tinggi.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Tutup dan kunci semua pintu dan tingkap dan bersedia untuk berpindah.

Semasa pemindahan


  • Berpindah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang hari.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau berbahaya.

Di luar rumah


  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.  Jauhi kawasan lapang, sungai dan longkang.
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, berjalan kaki atau bersampan.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak daripada bermain di kawasan banjir, sungai, longkang atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

Di dalam kenderaan


  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik ke tempat selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci dan segera tinggalkan kenderaan serta pergi ke tempat yang selamat.

TINDAKAN SELEPAS BANJIR


  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa.  Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya dan golongan istimewa.
  • Periksa rumah anda dan lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Semasa memasuki rumah


  • Pakai kasut atau selipar.
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
  • Periksa tanda-tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya.
  • Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah.

Periksa ancaman bahaya 


  • Periksa paip saluran air atau gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar dan perkakasan elektrik yang terendam air.
  • Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa sebarang kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan segera kerosakan kemudahan-kemudahan awam (bekalan air, gas dan elektrik) kepada pihak berkuasa.


Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Tunku Abdul Rahman speech at the 1st Muslim Summit 1969