Posts

Showing posts from September, 2009

ELAK DARI MENJADI PENYUMBANG PEMANASAN GLOBAL

“Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usaha dari protokol ini agak terhad. Perjanjian ini tidak mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.” PEMANASAN GLOBAL Secara umumnya suhu purata bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20,000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Sejak hujung kurun ke-19, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan ak...