Posts

Showing posts from 2009

Menghadapi BANJIR

Banjir adalah bencana alam yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk sesebuah negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam ketiga yang banyak mengorbankan nyawa serta kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini termasuklah banjir kilat tidak dapat dielakkan walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengatasinya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air, kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirkan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan. Negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar di samping banjir yang kerap berlaku setiap tahun sama ada di musim tengkujuh atau banjir kilat. Kerajaan telah mengambil beberapa

Bersedia hadapi Tsunami

Tsunami adalah satu perkataan jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar di atasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiannya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggia

Bersedia untuk gempa bumi

Gempa bumi adalah salah satu daripada fenomena alam yang paling menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan. Ini adalah kerana kejadiannya tanpa amaran, menakutkan ramai penduduk dan menjadikan mereka kurang bijak serta berkelakuan yang boleh memudaratkan. Memandangkan pengetahuan dan persediaan merupakan kunci kepada keselamatan semasa dan selepas sebarang bencana, anda harus mengambil langkah-langkah perlu supaya sentiasa bermaklumat. Adalah penting bahawa penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dilanda gempa bumi mengambil beberapa langkah berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku gempa bumi susulan. Adalah tidak pasti bahawa dengan adanya persediaan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan boleh menyelamatkan nyawa, mengurangkan kecederaan dan meminimumkan kerosakan harta-benda. Tambahan lagi penduduk yang tahu apa yang perlu dilakukan semasa gempa bumi akan lebih bersikap tenang dan pengetahuan tersebut bermanfaat baginya. Kesedaran adalah langkah perta

ELAK DARI MENJADI PENYUMBANG PEMANASAN GLOBAL

“Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari keputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usaha dari protokol ini agak terhad. Perjanjian ini tidak mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam.” PEMANASAN GLOBAL Secara umumnya suhu purata bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, seperti yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet kita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20,000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Sejak hujung kurun ke-19, suhu purata telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan ak

seiklashatiku

Assalamualaikum, Salam perkenalan dan pertemuan di alam 'blog'. Dah lama dah teringin nak ada blog sendiri, ingatkan susah nak create rupanya mudah sahaja. No wonderlah ramai org dah ada blog sendiri. Fikir-fikir balik, nak buat apa dgn blog ni. Email dah ada, facebook pun dah ada, in fact ramai yg suka ber'facebook', easy to reach friends and make new friend. Walaupun bukan golongan orang cerdik pandai tapi saya amat berharap agar 'blog' ini dapat dijadikan wacana dan membantu dalam percambahan maklumat kepada masyarakat yang sentiasa menjadikan Internet sebagai sumber rujukan. Seikhlashati.