Posts

Showing posts from November, 2012

PERGERAKAN/PERBUATAN SOLAT YANG BETUL

Image
Terdapat beberapa pergerakan dan kedudukan dalam solat yang kadang-kadang kita pun salah dan buat silap. InsyaAllah sama-sama kita betulkan apa yang tak betul. Moga-moga solat kita diterima Allah dan kita semua diletakkan dalam golongan orang yang bertakwa dan mendapat keredhaan Allah swt. KEDUDUKAN SUJUD YANG SEMPURNA KEDUDUKAN IFTIRASY YANG SEMPURNA DUDUK TAHIYAT AKHIR YANG SEMPURNA BUKU "FORMULA SOLAT SEMPURNA", USTAZ ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN, TELAGA BIRU (2008)

HIKMAH SUJUD

Image
Sujud dan Faedah Perubatan Menurut Dr. Mohd. Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti berikut: Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan: Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus / fallen band womb) Melegakan sakit hernia Mengurangkan sakit segugut ketika haid Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan (high parts of the lung) Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh Meringankan bahagian pelvis Memberi dorongan untuk mudah tidur Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika mahu sujud dan bangun darinya. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara automatik akan memastikan kelicinan perjalanan darah yan

Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD)

Pada 18 November 2012, semua ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN menunjukkan kesepakatan apabila memperakukan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) iaitu dokumen pertama seumpamanya di rantau ini. Perjanjian dimeterai semasa sidang pleno dan pemungkiman sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-21yang berlangsung di Phnom Penh, dimana Kemboja menjadi tuan rumah. Sebelum itu, pelancaran Institut Keamanan dan Persefahaman ASEAN (AIPR) diadakan. Deklarasi ini mendapat tentangan dan kritikan daripada pejuang hak asasi manusia yang mendakwa ia tidak menepati piawaian antarabangsa. Pendirian Malaysia: "Kita ada nilai-nilai sendiri bahkan 12 perkara mengenai hak asasi manusia yang digariskan dalam deklarasi itu lebih konkrit berbanding piawaian antarabangsa. Cuma perkara mengenai hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima dan ditolak daripada dimasukkan dalam deklarasi." AHRD adalah usaha ASEAN untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia mengikut a

THE COMPASSIONATE BUDGET 2013

“PROSPERING THE NATION, ENHANCING WELL-BEING OF THE RAKYAT: A PROMISED FULFILLED” “Please join my colleagues and I to  fulfil  our potential towards developing a country that we can be truly proud of. A country where the weak are protected, those in need get help, the strong protect, the young loved, the elderly are valued, those in need assisted and those with potentials given opportunities” Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Prime Minister and Minister of Finance Malaysia The 2013 Budget Speech,  28 September 2012 Operating Expenditure            = RM201.9 billion Development Expenditure      = RM  49.7 billion Total Budget Allocation           = RM251.6 billion Pre-School and School Children RM1.2 billion to enhance pre-school education. RM380 million will be allocated to MOE for placement of kindergarten teachers. RM10,000 grant to assist operators of the centre of Early Childhood Care and Education to open a new and high-quality pre-school