Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD)
Pada 18 November 2012, semua ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN menunjukkan kesepakatan apabila memperakukan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) iaitu dokumen pertama seumpamanya di rantau ini.
Perjanjian dimeterai semasa sidang pleno dan pemungkiman sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-21yang berlangsung di Phnom Penh, dimana Kemboja menjadi tuan rumah. Sebelum itu, pelancaran Institut Keamanan dan Persefahaman ASEAN (AIPR) diadakan.
Deklarasi ini mendapat tentangan dan kritikan daripada pejuang hak asasi manusia yang mendakwa ia tidak menepati piawaian antarabangsa.
Pendirian Malaysia: "Kita ada nilai-nilai sendiri bahkan 12 perkara mengenai hak asasi manusia yang digariskan dalam deklarasi itu lebih konkrit berbanding piawaian antarabangsa. Cuma perkara mengenai hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima dan ditolak daripada dimasukkan dalam deklarasi."
AHRD adalah usaha ASEAN untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia mengikut acuan rantau ini dengan mengambil kira realiti dan ciri-ciri kepelbagaian di peringkat negara dan serantau.
Wakil Malaysia dalam Majlis Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) ialah Datuk Seri Muhamad Safee Abdullah.
Sementara itu, sasaran pembentukan sepenuhnya Komuniti ASEAN ditetapkan pada 31 Disember 2015, berbanding cadangan penetapan sebelumnya pada 1 Januari 2015. Penetapan ini bagi memberi ruang kepada negara-negara anggota membuat persediaan secukupnya diperingkat nasional dan serantau.
ASEAN juga perlu memastikan tiada konflik dalaman yang tidak mampu diselesaikan untuk mencerminkan kedudukannya sebagai satu gagasan atau badan serantau yang benar-benar padu.

Comments
Post a Comment