HIKMAH SUJUD

Sujud dan Faedah Perubatan






Menurut Dr. Mohd. Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti berikut:

  1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  3. Bernafas ketika sujud akan:
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus / fallen band womb)
  • Melegakan sakit hernia
  • Mengurangkan sakit segugut ketika haid
  • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan (high parts of the lung)
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa)
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
  • Meringankan bahagian pelvis
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika mahu sujud dan bangun darinya. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara automatik akan memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan (obesiti) 
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang perut (convulsions)
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta. Sifat sombong, riyak, takabur dapat dikikiskan.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti apoplexia rapture of blood vessels dan arte ioseclerosis of celebrum.

Sedutan : Buku Formula Solat Sempurna, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman, Telaga Biru (2008)

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Tunku Abdul Rahman speech at the 1st Muslim Summit 1969