SUJUD LAMBANG SIFAT HAMBA KEPADA TUHAN


Daripada Ibnu Abas RA katanya, Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika sakit), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang perlu aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)



Huraian

  • Sujud hanya untuk Allah iaitu dengan meletakkan kedua-dua tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai, menghadap kiblat.
  • Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Dengan itu, ia antara sebab umat Islam berbeza daripada penganut agama lain.
  • Perbuatan sujud secara tidak langsung melambangkan sifat seorang hamba kepada Tuhan. Ia membuang sifat angkuh seseorang dan pada masa sama memperakui keagungan hanya pada Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Tunku Abdul Rahman speech at the 1st Muslim Summit 1969

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)