Bajet 2013, Bajet Kasih Sayang

Tak salah kalau kita katakan Bajet 2013 adalah 'bajet kasih sayang'. Bajet yang membuktikan Kerajaan yang prihatin kepada keperluan rakyat yang mendesak, bajet yang mengutamakan kemakmuran negara tercinta serta bajet yang tidak meminggirkan satu pihak pun. Bajet ni juga telah meringankan beban banyak pihak dari segi kewangan, perumahan, pengangkutan, pendidikan, dan keharmonian kekeluargaan. Apa lagi perkataan yang sesuai untuk bajet 2013....semestinya 'Bajet Kasih Sayang'...

Apa yang kita dapat sebagai...

Kanak-kanak

·       RM1.2 bilion - mempertingkatkan pendidikan awal kanak-kanak.
·       RM380 juta - penempatan guru pra sekolah.
·       Geran sebanyak RM10 ribu diberi kepada penyedia pusat pendidikan awal kanak-kanak membina taska baru - 10,000 taska swasta dapat faedah.
·       Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit.
·       Pengurangan caj bayaran pasport sebanyak 50% bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
·       Kerajaan akan melaksanakan projek perintis Taska Kanak-kanak OKU melibatkan enam kategori OKU.
•    Program bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah.


Remaja dan Belia

·       Rebat RM200 - pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
·       Diskaun 20% bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
·       Bagi pembayaran PTPTN secara konsisten akan menikmati diskaun 10% setahun.
·       RM3.7 bilion - melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.
·       RM200 juta - Penubuhan Graduate Employability Taskforce untuk memberi latihan kepada 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda yang masih menganggur.
·       Young Entrepreneur Fund diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk belia 30 tahun ke bawah.
·       RM440 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.
·       RM50 juta diperuntukkan bagi melatih 3,200 pelajar miskin daripada masyarakat India.
·       BR1M 2.0 - Bantuan tunai RM250 bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - memanfaatkan 2.7 juta individu.
·       Program bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah menengah.
·       RM250 baucer buku untuk semua pelajar IPT dan Tingkatan 6.


Dewasa
·       1.4 juta ahli PERKESO mendapat kemudahan pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital kerajaan atau klinik panel PERKESO–peruntukan RM200 juta.
·       BR1M 2.0 – Bantuan tunai RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan-memanfaatkan 4.3 juta isi rumah.
·       1.4 juta penjawat awam menerima bonus sebulan setengah.
·       Diskaun 50% kadar tambang Komuter KTMB diperluaskan kepada semua warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
·       Pencarum KWSP boleh mengeluarkan maksimum RM3,000 daripada Akaun 2 untuk menampung kos tambang mengerjakan Haji secara muassasah.
·       Penurunan kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 – RM50 ribu.
·       Ibu bapa mendapat pelepasan cukai bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak RM6,000.
·       Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional dinaikkan kepada RM6,000.

Pesara/Warga Emas
·       Pencen minimum pesara kerajaan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820 berkuatkuasa 1 Januari 2013.
·       Pengurangan caj bayaran passport sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150, dan RM100 kepada RM 80.
·       Pemberian sumbangan RM1,000 secara ‘one-off’ kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen - memanfaatkan 224,000 bekas tentera melibatkan peruntukkan RM224 juta.
·       RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

 
PKS dan Usahawan
  • Skim Pembangunan PKS sebanyak RM1 bilion diperuntukkan untuk mempergiatkan perusahaan kecil dan sederhana dikendalikan oleh SME Bank.
  • RM200 juta sebagai Dana Industri Halal bagi membiayai modal kerja PKS melalui SME Bank dan Bank Pembangunan Islam.
  • Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia - Had perlindungan sehingga RM5,000.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion disediakan oleh SME Bank untuk mempertingkatkan pegangan ekuiti PKS bumiputera dengan mengambil alih anak-anak syarikat GLC.
  • RM200 juta – Dana industri halal bertujuan membangun produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport.
  • Program Get Malaysian Business Online (GMBO) untuk membantu 50 ribu usahawan terutamanya wanita melonjakkan perniagaan melalui perniagaan atas talian, geran RM1,000 akan diberikan.
  • Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengusahakan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan.
  • RM10 bilion dana untuk Skim Jaminan Modal Kerja bagi membantu PKS mendapat pembiayaan modal.
  • RM50 juta diperuntukkan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India bagi memulakan dan memaju perniagaan masyarakat India.
  •  TEKUN - RM350 juta untuk usahawan kecil memula dan memajukan perniagaan.


Petani dan Nelayan
·       55 ribu nelayan akan mendapat faedah bantuan sara hidup RM200 dan insentif hasil tangkapan dengan kadar 10 – 20 sen setiap kilogram bagi  pendaratan ikan di jeti berdaftar.
·       Skim perlindungan insurans kepada nelayan dengan perlindungan maksimum RM100 ribu dengan peruntukan sebanyak RM230 juta.
·      Pemberian subsidi dan insentif RM2.4 bilion -  Subsidi harga padi (RM480 juta), Subsidi baja padi (RM465 juta),Insentif peningkat hasil padi (RM 80 juta), subsidi benih padi sah (RM 85 juta), Insentif harga beras (RM528 juta)
     Insentif pengeluaran padi (RM563 juta).
·       172 ribu pesawah (yang mengusahakan sawah di bawah 10 hektar) akan mendapat perlindungan Skim Perlindungan Takaful Padi. Jumlah pampasan yang dapat diterima dianggar bernilai RM13 ribu seorang dan peruntukan sebanyak  RM50 ribu disediakan.
·       Projek AZAM Tani akan diteruskan melibatkan peruntukan sebanyak        RM41 juta memanfaatkan 6,730 peserta.


Komuniti

  • Geran berjumlah RM10,000 akan diberikan kepada 4,025 persatuan penduduk yang berdaftar untuk menggalakkan aktiviti rondaan kejiranan.
  •  RM39 juta diperuntukkan untuk membiayai 6,500 Rukun Tetangga.
  • RM150 juta – sebanyak 100 pusat internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat di bandar-bandar.
  • Anjung Singgah – menambah 6 buah lagi di seluruh negara.
  • 70 buah Klinik 1Malaysia diwujudkan.
  • Program penyeragaman harga barangan keperluan bagi Sabah dan Sarawak melalui pemberian subsidi pengangkutan (Contoh: Harga LPG-RM70, selepas penyeragaman-RM26.26 di Ba’kalalan, Sarawak).
  • Tambahan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah, Sarawak dan Labuan.
  • 50 % - diskaun tambang feri penumpang dan barangan antara Labuan – Sabah & Sarawak.
  • Kejiranan yang Selamat
     -      Menambah ahli anggota sukarelawan polis seramai 10,000 orang.
     -      1,000 motosikal untuk anggota polis membuat rondaan.
     -      496 unit tambahan CCTV di kawasan PBT.

Perumahan untuk Rakyat
      RM1.9 bilion bagi membina 120 ribu unit rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang strategik seluruh Negara.
      RM100 juta – Membaik pulih rumah terbengkalai





Comments

  1. thank u kak, maklumat di atas sangat membantu utk buat teks ucapan. tq once again.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)