Bajet 2014 : Impak dan Faedah

BAJET 2014
IMPAK DAN FAEDAH

“MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN
MELAKSANA JANJI”

“Segalanya kita rangka, semuanya kita susun, kita piagam dan kita laksanakan bukan sekadar sonata, atau sebuah orkestra, namun ia menjadi puluhan simfoni kemajuan yang terindah demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Lima teras utama Bajet 2014
Pertama     : Merancak Aktiviti Ekonomi
Kedua        : Mengukuh Pengurusan Fiskal
Ketiga        : Mengunggul Modal Insan
Keempat    : Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
Kelima       : Mensejahtera Kehidupan Rakyat

PERUNTUKAN
Peruntukan Keseluruhan       : RM264.2 bilion
Perbelanjaan Mengurus        : RM217.7 bilion
Perbelanjaan Pembangunan  : RM46.5 bilion

Ekonomi Malaysia 2013/2014
Prestasi 2013
  • Ekonomi berkembang pada kadar 4.2 peratus pada separuh pertama 2013.
  • Indeks Bursa Malaysia catat pencapaian tertinggi pada 1,818 mata bersamaan nilai pasaran RM1.66 trilion (24 Oktober 2013), bukti pelabur semakin yakin.
  • Pelaburan langsung asing bersih adalah RM18.2 bilion berbanding RM15.9 bilion pada separuh pertama 2012.
  • Rizab antarabangsa kukuh sebanyak RM444.9 bilion (14 Oktober 2013), mampu membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar jangka pendek.
  • Anggaran Prestasi keseluruhan 2013:
ü  Ekonomi dijangka berkembang 4.5 – 5 peratus.
ü  Pelaburan swasta berkembang 16.2 peratus dengan anggaran pelaburan RM165 bilion.
ü  Penggunaan swasta dan awam masing-masing berkembang pada kadar 7.4 dan 7.3 peratus.

Prospek 2014
  • Ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 5 – 5.5 peratus.
  • Pelaburan dan penggunaan swasta dijangka masing-masing berkembang pada kadar 12.7 peratus dan 6.2 peratus.
  • Eksport dijangka meningkat pada kadar 2.5 peratus.
  • Sektor pembinaan dan perkhidmatan meningat pada kadar 9.6 dan 5.7 peratus.
  • Pengangguran dianggar pada 3.1 peratus manakala inflasi masih rendah di paras 2 – 3 peratus.

INTIPATI BAJET 2014

MERINGANKAN BEBAN SARA HIDUP
Produk makanan
·         Menambah dan membuka 60 lagi pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani dan 100 gerai buah-buahan segar
Pengguna dapat membeli barangan makanan pada harga yang berpatutan kerana peniaga menjual terus kepada pengguna. Tiada unsur orang tengah.  
Penjagaan anak
·         Menaikkan kelayakan pendapatan isi rumah bulanan penjawat awam daripada RM3 ribu kepada RM5 ribu untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180.
·         Bantuan yuran taska swasta sebanyak RM250 sebulan diberikan kepada ibu bapa berpendapatan bawah RM900 yang menghantar anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM.
Meringankan beban kewangan untuk penjagaan anak.
Memanfaatkan 3,334 kanak-kanak umur dibawah 4 tahun di taska swasta.

Pelepasan cukai
Pelepasan cukai khas sebanyak RM2 ribu kepada golongan yang berpendapatan sehingga RM8 ribu sebulan.
Penjimatan sehingga RM480 dinikmati oleh golongan berpendapatan sederhana.
Mengurangkan bebanan sara hidup golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah.

Bantuan Rakyat 1Malaysia
Bantuan bersasar dalam bentuk tunai diperluas dan dinaikkan:
-      Isi rumah berpendapatan bawah RM3 ribu sebulan menerima RM700 termasuk bantuan tunai RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 (had perlindungan RM30 ribu).
-      Isi rumah berpendapatan RM3 ribu – RM4 ribu sebulan menerima RM500 termasuk bantuan tunai RM450 dan caruman i-BR1M bernilai RM50 (had perlindungan RM30 ribu).
-      Individu bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan bawah RM2 ribu sebulan mendapat kenaikan bantuan tunai menjadi RM300.
Peruntukan sebanyak RM4.6 bilion adalah pelaksanaan subsidi bersasar hasil penjimatan subsidi.
Memanfaatkan 7.9 juta penerima seluruh negara.
Menjana ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli dan penggunaan.

·         Penjawat awam menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 manakala pesara mendapat RM250 pada Januari 2014.
Meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara.
Menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dan satu bentuk motivasi dan insentif untuk bekerja lebih cemerlang.
Meningkatkan kuasa beli pengguna sekali gus merancakkan ekonomi negara.

RUMAH MAMPU MILIK DAN SELESA
Kesediaan rumah
·         RM179 juta disediakan untuk membina dan membaiki rumah di kawasan luar bandar.
Melibatkan 20 ribu unit rumah rakyat miskin di seluruh negara.

·         223 ribu unit rumah mampu milik akan dibina pada 2014:
-      Jabatan Perumahan Negara – 16,473 unit rumah dengan harga RM35 ribu hingga RM45 ribu dan 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
-      SPNB – 26,122 unit rumah termasuk 15,122 unit rumah mampu milik, 3 ribu unit Rumah Idaman Rakyat dan 8 ribu Rumah Mesra Rakyat (Harga pasaran antara RM45 ribu–65 ribu setelah diberi subsidi RM15ribu-RM20 ribu).
-      PR1MA – 80,000 unit rumah kos sederhana dengan harga 20% lebih rendah berbanding harga pasaran.
-      Swasta – 90,000 unit dengan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome. Pemaju ditawarkan subsidi RM30 ribu seunit untuk rumah kos rendah dan sederhana.
·         Dana Mudah Cara Perumahan RM1 bilion – Geran 10% daripada kos projek sebagai tipping point untuk projek baharu dan pemaju mesti mematuhi syarat harga dan spesifikasi yang ditetapkan kerajaan.
·         Penyelenggaraan rumah kos rendah dan membaik pulih rumah terbengkalai – Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (RM100 juta); Memulihkan 8,197 rumah terbengkalai (RM82 juta)
Meningkatkan pemilikan rumah terutamanya kepada pemilik rumah pertama.
Memastikan harga rumah di pasaran adalah mampu dibeli dan selesa untuk diduduki.
Merancakkan aktiviti sektor pembina dan ini membantu mengembangkan ekonomi negara.

Mengawal harga rumah
·         Kajian semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT):
-      Kadar RPGT 30% bagi pegangan hingga 3 tahun.
-      Kadar RPGT 20% bagi pegangan hingga 4 tahun.
-      Kadar RPGT 15% bagi pegangan hingga 5 tahun.
-      Kadar RPGT 0% bagi pegangan melebihi 6 tahun bagi individu.
·         Harga minimum hartanah yang boleh dimiliki oleh warga asing dinaikkan kepada RM1 juta daripada RM500 ribu.
·         Pemaju hartanah perlu mempamerkan secara terperinci harga jualan tanah termasuk semua manfaat dan insentif yang ditawarkan.
·         Pemaju dilarang melaksana projek berciri Developer Interest Bearing Scheme (IDBS). Institusi kewangan dilarang membiayai projek sedemikian.
Mengekang aktiviti spekulasi harga rumah agar harga rumah di pasaran dapat distabilkan.
Jualan adalah lebih telus dan pembeli mudah menilai sebelum membuat pembelian rumah.
Mengelak pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan dalam harga rumah.

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN
Pendidikan awal
·         RM530 juta diperuntukkan untuk meningkatkan program pra-sekolah dan menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan.
Memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang terbaik dan komprehensif.
Meningkatkan akses kepada pendidikan awal yang terbaik terutamanya untuk penduduk luar bandar.

Pelajar
·         Pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang dilaksanakan sejak 2012 terus diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.
Peruntukan sebanyak RM540 juta akan memanfaatkan 5.4 juta pelajar seluruh negara.
Meringankan beban kewangan untuk memulakan sekolah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Guru
·         RM209 juta disediakan untuk meningkatkan profesion guru melalui pemantapan kaedah pengajaran, penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Membolehkan guru menumpu kepada tugas mengajar dan meningkatkan kaedah pengajaran mereka.

Sekolah
·         Memperluas akses internet di sekolah-sekolah seluruh negara terutama di luar bandar dengan peruntukan RM168 juta.
Meningkatkan pencarian maklumat pantas terutama untuk pelajar di luar bandar.
Merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

·         Membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah usang dengan peruntukan RM831 juta.
·         RM450 juta ditambah kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang disediakan sejak 2012.
Memudahkan pelajar pergi ke sekolah yang terdekat dengan tempat tinggal jika banyak sekolah baru dibuka.
Pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa dan lengkap dengan peralatan pembelajaran.

IPT
Penyelidik
·         Menyediakan geran penyelidikan sebanyak RM600 juta kepada institut pengajian tinggi awam.
·         Menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan.
Memperbanyakkan universiti berstatus universiti bertaraf penyelidikan.
Membantu penyelidik menerbitkan jurnal penyelidikan dan artikel ilmiah yang bertaraf antarabangsa.

Penuntut

·        Pembiayaan yuran pengajian pasca ijazah khusus untuk eksekutif swasta dengan peruntukan RM110 juta menerusi program MyBrain15.
Meringankan beban perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
·         Pemberian Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 terus diberikan kepada setiap penuntut pra-universiti dan IPT sejak 2012.
Peruntukan sebanyak RM325 juta akan memanfaatkan 1.3 juta penuntut seluruh negara.
Meringankan kos pembelian buku dan bahan pengajian penuntut.

SUBSIDI DAN BANTUAN BERSASAR
·         Pengurangan subsidi secara berperingkat bagi produk petroleum, minyak masak, gula dan tepung.
Penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan dan wang penjimatan ini boleh terus disalurkan kepada golongan sasar dalam bentuk tunai.
Sebahagian daripada penjimatan akan digunakan untuk projek pembangunan rakyat.

·         Mewujudkan satu sistem data yang komprehensif bagi semua jenis bantuan kerajaan.
Untuk memastikan subsidi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.
Mengelak pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar.

TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI
Latihan kemahiran
·         Melaksanakan single-tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 3, selama setahun 6 bulan di semua Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Pelatih dapat mengikuti kursus yang komprehensif dalam masa yang singkat.
·         Kemudahan pinjaman untuk mengikuti latihan kemahiran melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk belia lepasan SPM.
Mengurangkan beban kewangan untuk belia mendapatkan latihan kemahiran tinggi yang khusus.
Mengurangkan pengangguran dan meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja negara.

·         RM 178 juta untuk menaik taraf dan menggantikan kemudahan peralatan agar seiring dengan teknologi terkini di institut latihan JTM.
Pelatih dapat mengikuti latihan yang selari dengan keperluan terkini industri dan meningkatkan kebolehpasaran pelatih.

·         Menaik taraf dan melaksana pendekatan 2 syif di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dalam bidang automotif, penyelenggaraan marin, kimpalan dan pendawaian elektrik.
Memanfaatkan lebih 15,000 pelatih IKBN diseluruh negara.
·         Tabung Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pekerja (upskilling and reskilling) diperluaskan untuk melatih apprentice dan bakal pekerja.
Majikan boleh memberi pendedahan dan kemahiran awal kepada pekerja selaras dengan keperluan industrinya.
Skim kerja fleksibel
·         Potongan cukai tambahan diberikan atas perbelanjaan latihan dan fi konsultansi kepada majikan yang melaksanakan skim kerja fleksibel.
Menggalakkan majikan dan industri melaksanakan skim ini.
Menggalakkan wanita tetap dalam bidang pekerjaan dan dapat menarik lebih ramai wanita ke dalam tenaga kerja (work force).
Membentuk masyarakat yang lebih harmonis apabila kerjaya dan komitmen keluarga dapat diseimbangkan.

SEJAHTERA KESIHATAN
·         50 lagi klinik 1Malaysia akan dibuka sebagai tambahan kepada 234 klinik 1Malaysia sedia ada.
Memperluas dan memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan murah.
Memanfaatkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

·         Menambah seramai 6,800 jururawat dengan peruntukan RM150 juta.
·         RM3.3 bilion untuk menyediakan bekalan ubat dan alatan perubatan mencukupi untuk semua.
Meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan dan meringankan beban tugas jururawat.
Memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna.
Tahap kesihatan rakyat dapat dipertingkat.

·         Membekalkan secara percuma, kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) untuk pesakit buah pinggang untuk buat rawatan sendiri di rumah.
Memanfaatkan lebih seribu pesakit buah pinggang peringkat akhir.
·         Pemberian percuma alat bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara yang bernilai RM1200.
Meringankan kos membeli alatan tersebut dan memanfaatkan lebih 8 ribu pesakit kanser payudara.

KEJIRANAN YANG SELAMAT
·         Menambah 496 bilangan kamera litar tertutup di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan – peruntukan RM20 juta.
·         Menambah 1,000 buah motosikal untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM menjadikannya 2 ribu unit semuanya sejak 2013 – peruntukan RM20 juta.
Mengurangkan kadar jenayah jalanan dan dapat membantu menyelesaikan kes-kes jenayah.
Kehidupan rakyat lebih selamat dan aman.

PEMBANGUNAN KOMUNITI
Liputan Internet
·         Bandar – kelajuan ditingkatkan kepada 10 megabits sesaat.
·         Kawasan pinggir bandar -  kelajuan ditingkatkan antara 4 - 10 megabits sesaat.
·         Luar Bandar - membina 1,ooo menara pemancar telekomunikasi dalam tempoh 3 tahun.
Liputan internet lebih luas dan laju sama ada di bandar mahu pun luar bandar.
Pelaburan keseluruhan antara RM5 bilion ini dapat dinikmati oleh 2.8 juta isi rumah di bandar dan lebih 2 juta pengguna di pinggir bandar.

Program Transformasi
·         Tambahan 4 lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) iaitu pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan dan barangan, menjadikan 9 buah di seluruh negara.
·         Tambahan 3 lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadikannya 8 buah di seluruh negara.
·         Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau Mobile CTC – menambah bilangan bas dan van yang diubahsuai untuk memberi perkhidmatan seperti pendaftaran MyKad, memperbaharui lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat perniagaan.
Membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan daripada agensi kerajaan mahupun swasta dibawah satu bumbung dan diluar waktu bekerja.
Menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar RTC.
Memudahkan masyarakat di pedalaman mendapat khidmat daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Pengangkutan Awam
·        Membina landasan berkembar antara Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Johor Bahru serta menaik taraf rel dan landasan keretapi di seluruh negara dengan peruntukan RM2.9 bilion.
·         Perkhidmatan keretapi terutamanya di laluan Pahang dan Kelantan terus diberi subsidi sebanyak RM52.9 juta walaupun tidak menguntungkan.
·         Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, KTM Komuter serta stesen ERL dengan peruntukan RM62 juta.
·         Membaik pulih tren Electric Multiple Unit (EMU).

Menjadikan pengangkutan keretapi lebih cekap dan alternatif terbaik.
Memberi keselesaan dan bagi membolehkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam.
Menambah kekerapan dan kecekapan komuter.


Jalan dan lebuh raya

·         RM980 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 437km jaringan jalan luar bandar di seluruh negara.
Menambah baik jaringan jalan raya bagi meningkatkan aktiviti ekonomi di samping memberi kemudahan kepada penduduk.

Utiliti
·         Program bekalan air bersih dan terawat melibatkan RM457 juta di seluruh negara.
Memanfaatkan 8 ribu unit rumah luar bandar.
·         RM865 juta untuk membekalkan tenaga elektrik 24 jam.
Memanfaatkan 16 ribu rumah diseluruh negara.

Komuniti
·         RM109 juta untuk membangunkan taraf hidup, ekonomi dan infrastruktur masyarakat Orang Asli.
Memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan nasional.

·         RM441 juta untuk pembangunan dan kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Memaksimumkan potensi golongan OKU.

·         Kadar wang saku penghuni pusat-pusat kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan sekali ganda:
-      Kanak-kanak bersekolah naik kepada RM3.00 sehari daripada RM1.50.
-      Kanak-kanak tidak bersekolah naik kepada RM1.00 sehari daripada RM0.50.
-      Warga emas naik kepada RM30.00 sebulan daripada RM10.00.
Memanfaatkan 4,500 penghuni kanak-kanak.
Menampung belanja harian penghuni di pusat-pusat kebajikan JKM seluruh negara.

·         Komuniti India - RM100 juta untuk meningkatkan pencapaian pelajaran dan latihan kemahiran, termasuk RM28 juta bagi program pendidikan awal melibatkan 176 pra-sekolah Tamil dan program i-Sinar.
Membangunkan masyarakat India selaras dengan arus pembangunan negara – tiada yang terpinggir dan ketinggalan.


SABAH DAN SARAWAK MEMBANGUN BERSAMA
Pengangkutan Awam
·         Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
·         Subsidi pengangkutan udara dengan peruntukan RM130 juta.
Memberi keselesaan kepada penumpang dan menggalakkan industri penerbangan dan pelancongan.
Mempertingkatkan jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar melalui pengangkutan udara.

Jalan dan lebuh raya
·         RM500 juta disediakan untuk projek lebuh raya Pan Borneo.
Menambah jaringan perhubungan jalan raya di Sabah dan Sarawak.

Kemudahan dan prasarana
·         Penduduk luar bandar Sarawak mendapat bekalan tangki air melibatkan peruntukan RM75 juta.
Memperbanyakkan kemudahan simpanan air bersih dengan menggunakan tangki untuk kegunaan harian.
·         Menaik taraf Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, pembinaan talian penghantaran elektrik Kimanis dan pembinaan stesen suis utama di Sandakan.
Peruntukan RM265 juta bagi mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah.

Komuniti
·         RM50 juta disediakan untuk kerja-kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak pemilikan tanah adat.
Menyelesaikan tuntutan pemilikan tanah adat oleh Bumiputera Sabah dan Sarawak.

·         Program penyeragaman harga barang dan mengurangkan kos pengangkutan – Subsidi RM331 juta.
·         Membuka 60 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk tawaran barang keperluan harian pada kos yang rendah.
Memastikan harga barang dan keperluan seragam antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Memastikan bekalan barangan keperluan harian sentiasa ada dan mencukupi. 


MENGGIATKAN KEUSAHAWANAN DAN PKS
Dana dan pinjaman mudah
·         Dana RM50 juta untuk Tabung Usahawan Siswazah, had pinjaman sehingga RM50 ribu dengan kadar faedah 4 peratus.
Menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan sejurus selepas tamat pengajian dan mengurangkan pengangguran.

·         Dana sebanyak RM100 juta untuk Skim Usahawan Pasar Malam, had pinjaman RM30 ribu dengan kadar faedah 4 peratus.
Membantu peniaga kecil pasar malam membiayai modal, kos dan untuk meningkatkan perniagaan.

·         Pembiayaan pinjaman mudah melalui TEKUN (RM700 juta) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (RM300 juta).
·         Dana khas kepada kaum India sebanyak RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India (SPUMI) dibawah TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia.
Skim pembiayaan mikro kredit ini sesuai, mudah dan memanfaatkan peniaga kecil, penjaja dan peniaga gerai.
Pembiayaan untuk memulakan perniagaan.
Menggalakkan lebih ramai individu menceburi bidang keusahawanan.

·         Dana RM30 juta untuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Program Pembangunan
·         Menyediakan pakej bersepadu sebanyak RM120 juta untuk membiayai program meningkatkan produktiviti dan inovasi PKS.
·         Program Green Lane Policy dilanjutkan sehingga 31 Disember 2017, menyediakan pinjaman mudah dengan had maksimum RM200 ribu dengan subsidi kadar faedah sebanyak 2 peratus, insentif cukai dan sebagainya.
Meningkatkan produktiviti, inovasi dan kapasiti PKS.
Meningkatkan sumbangan PKS dalam KDNK negara.
·         Program Rural Business Challenge diperkenalkan bagi menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang keusahawanan.
Meningkatkan industri desa dan seterusnya menambah pendapatan masyarakat luar bandar.
Insentif cukai
·         Majikan mendapat insentif potongan cukai tambahan ke atas perbezaan gaji yang ditanggung akibat pematuhan kepada Dasar Gaji Minimum.
Menggalakkan pematuhan kepada dasar dan mengurangkan beban kewangan kepada majikan PKS.

PETANI, NELAYAN, PENTERNAK DAN PELADANG SENTIASA DIBELA
Subsidi dan insentif
·         Sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan untuk aktiviti penanaman padi dan penangkapan ikan.
Membantu petani dan nelayan mengurangkan kos pengeluaran masing-masing.
Sebagai langkah menjamin produktiviti dan mengurangkan harga beras dan hasil tangkapan.

Tingkatkan produktiviti
·        RM243 juta untuk program penanaman semula getah, kelapa sawit, koko serta membuka ladang hutan.
·        RM634 juta untuk pelaburan pertanian berpermintaan tinggi seperti sarang burung walit, rumpai laut, buah-buahan tempatan, herba, sayur-sayuran dan udang kara.
Meningkatkan produk pertanian untuk pasaran eksport.
Menambah pendapatan petani dan peladang.

Memberi 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu 6 ribu pengusaha apabila projek udang kara di Sabah dilaksanakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)