KRONOLOGI NAHAS MH370 #MH370

8 MAC
·         Pesawat MH370 hilang dari radar jam 1.22 pagi, ketika memasuki ruang udara Vietnam di Laut China Selatan.
·         Usaha menjejaki MH370 bermula sebaik kehilangannya disahkan jam 2.40 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
·         Pengumuman rasmi kehilangan MH370 dibuat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
·         Hari pertama misi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 15 pesawat TUDM dan 9 kapal TLDM serta APMM.
·         Dua lelaki disenaraikan sebagai penumpang MH370 yang hilang, disahkan tidak menaiki pesawat itu, sebaliknya passport mereka digunakan individu lain.



9 MAC
·         Pesawat MH370 dipercayai berpatah balik.
·         Kawasan SAR diperluaskan ke perairan utara Pulau Pinang babitkan 34 pesawat dan 40 kapal dan kawasan diperluaskan 50 batu nautika.
·         Dua penumpang misteri dilaporkan beli tiket di Pattaya, Thailand sebelum masuk Malaysia melalui jalan darat.
·         FBI dan INTERPOL tampil bantu siasatan 2 penumpang misteri.
·         DCA nafi kegagalan 5 penumpang menaiki MH370 ada kaitan kehilangan pesawat.

10 MAC
·         SAR diperluaskan ke Selat Melaka meliputi perairan Pulau Perak, termasuk Laut Andaman dan perairan Sumatera.
·         DCA mengesahkan MH370 tiada masalah mekanikal sejam pertama penerbangannya.

11 MAC
·         Empat aspek disiasat PDRM berhubung kehilangan MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi serta konflik penumpang dan kru pesawat.
·         Penumpang misteri dikenal pasti sebagai warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
·         China aktifkan 10 satelit beresolusi tinggi kesan pesawat.

12 MAC
·         TUDM sahkan kesan pesawat tidak dikenali pada kedudukan 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang, jam 2.15 pagi pada 8 Mac.
·         DCA dan MAS sahkan MH370 dalam keadaan baik sebelum dibenarkan terbang.
·         SAR meliputi kawasan seluas 27,000 batu nautika persegi.

13 MAC
·         Rolls Royce dan Boeing nafi MH370 terbang 4 jam selepas hilang dari radar.
·         Satelit pengintip AS tidak kesan letupan selepas pesawat hilang.
·         China akui silap siar imej tiga objek didakwa serpihan pesawat.
·         Maklumat radar tentera Negara dikongsi dengan FAA dan NTSB.

14 MAC
·         SAR diperluaskan ke Lautan Hindi -  Tiada petanda MH370 dirampas pengganas.

15 MAC
·         Perdana Menteri, Dato’ Sri  Mohd Najib tampil membacakan kenyataan.
·         Mengesahkan transponder pesawat sengaja dimatikan, manakala ACARS dimatikan sebelum MH370 sampai di pantai timur Semenanjung.
·         MH370 disahkan menukar arah dan sengaja diterbangkan di luar kawasan liputan radar tentera.
·         PDRM turut ambil simulator susulan pemeriksaan di rumah juruterbang MH370 dan pembantunya. Siasatan juga merangkumi profil penumpang dan kru.
·         DCA rumuskan MH370 berada di koridor utara merangkumi sempadan Kazakhstan, Turkmenistan dan Thailand. Manakala koridor selatan dari Indonesia hingga ke Selatan Lautan Hindi.

16 MAC
·         Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tolak dakwaan MH370 mendarat di pengkalan tentera udara AS, Diego Garcia.
·         SAR pada dua koridor membabitkan 25 negara.
·         PDRM siasat kehilangan MH370 mengikut Seksyen 130© Kanun Keseksaan dan Akta Penerbangan.
·         MAS mengesahkan MH370 boleh terbang untuk 8 jam.

17 MAC
·         Malaysia hantar Nota Diplomatik kepada semua Negara terbabit SAR – SAR di koridor selatan mula digerakkan Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat.

18 MAC
·         9 negara dari luar koridor SAR tampil tawar bantuan.
·         SAR koridor utara dibahagikan kepada  7 pecahan dengan setiap bersaiz 160,000 batu nautika persegi.

19 MAC
·         FBI menganalisis simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah.
·         Polis dapati log dalam simulator dipadamkan 3 Februari lalu.
·         Simulator mengandungi tiga permainan penerbangan.

20 MAC
·         Objek 24 meter dan 5 meter yang dikesan satelit Australia pada 16 Mac lalu gagal ditemui.

21 MAC
·         SAR di koridor utara akan dimulakan 22 Mac.
·         Simulator di bawa ke luar Negara untuk siasatan.

22 MAC
·         Satelit China kesan objek 22.5 x 13 meter, 120 kilometer dari objek pertama dikesan satelit Australia.
·         Transkrip komunikasi antara juruterbang dengan menara kawalan tiada keraguan.

23 MAC
·         Satelit Perancis kesan beberapa objek, 850 kilometer utara kawasan SAR sejak 18 Mac lalu.
·         Polis nafi juruterbang terima panggilan daripada telefon tidak berdaftar sebelum pesawat berlepas 8 MAC lalu.

24 MAC
·         Pesawat SAR Australia kesan objek berbentuk bulat dan segi empat di kawasan selatan Lautan Hindi.
·         Pakar Satelit INMARSAT dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom, merumuskan penerbangan MH370 MAS berakhir jauh daripada sebarang lokasi pendaratan di Selatan Lautan Hindi. Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, jam 10 malam.


Berita Harian, 24 Mac 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)