Posts
Showing posts from December, 2014
Waspada TANAH RUNTUH
- Get link
- X
- Other Apps
Faktor-faktor yang menyebabkan tanah runtuh Hujan lebat berterusan. Ribut tropika. Kesan perbuatan manusia seperti kerja-kerja pemotongan lereng bukit yang tidak terkawal, penyalahgunaan tanah di kawasan tinggi dan kerja pembersihan hutan/ladang. Sistem perparitan yang tidak mencukupi atau tidak diselenggara dengan baik. Kawasan berisiko Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh. Cerun atau saliran air. Potongan atau tambakan benteng. Pembangunan lereng bukit.
SIAP SEDIA HADAPI BANJIR
- Get link
- X
- Other Apps
scan untuk download buku panduan menghadapi bencana PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR Peka dengan sistem amaran banjir dan sentiasa dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui media massa dan pihak berkuasa serta Bilik-bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang ditubuhkan. Periksa lubang air seperti longkang atau lubang najis supaya tidak tersekat. Bersihkan halangan dalam longkang dan pastikan lubang najis tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
BAJET 2015 IMPAK DAN FAEDAH (STRATEGI PERTAMA)
- Get link
- X
- Other Apps
“Ekonomi Keperluan Rakyat" “Mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy” YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia Pembentangan Bajet 2015 10 Oktober 2014 Pengenalan Bajet 2015 yang bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat‘ menitikberatkan keseimbangan antara pengurusan ekonomi negara secara mapan dan memastikan keutamaan dan kepentingan rakyat terus terpelihara. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada kadar 6.3 peratus pada separuh 2014 memberi rangsangan kepada Bajet 2015 untuk terus memperteguh ekonomi negara. Selaras dengan itu, peruntukan keseluruhan telah dipertingkatkan sebanyak RM9.8 bilion berbanding Bajet 2014 kepada RM273.9 bilion. Tujuh strategi utama telah digariskan dalam bajet pelengkap kepada Ranc...