BAJET 2015: IMPAK DAN FAEDAH (STRATEGI KEDUA)

Strategi untuk mencapai bajet berimbang iaitu dengan mengukuhkan kedudukan kewangan Negara, mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.


Perluasan barangan keperluan dikecualikan GST
Pengecualian barangan makanan dan perkhidmatan asas tambahan yang tidak dikenakan GST:
·      Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport
·      -Roti putih dan roti wholemeal
·      -Serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko
·     - Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun
·    -Ubat-ubatan Penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan
·     -Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama
·      -Surat khabar
·        Penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikkan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
·        Pembelian runcit petrol RON95, diesel dan LPG

Impak/Faedah
Memastikan agar harga barangan dan perkhidmatan asas tidak dinaikkan selepas pelaksanaan GST pada April 2015.
Memastikan kos sara hidup tidak akan terjejas dengan pelaksanaan GST.

Pengurangan Cukai Pendapatan
·         Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan.

Impak/Faedah
Seramai 300 ribu pembayar cukai akan bebas daripada membayar cukai.
Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

·         Kadar maksimum pendapatan bercukai dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM400,000.
·         Kadar cukai maksimum yang kini pada kadar 26 peratus dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
Impak/Faedah

·         Pengurangan kadar cukai pendapatan koperasi sebanyak satu hingga dua mata peratusan bagi tahun taksiran 2015.
·         Pengurangan kadar cukai pendapatan syarikat dari satu mata peratusan dari 25% kepada 24% bagi tahun taksiran 2016.
·         Pengurangan kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dari satu mata peratusan dari 20% kepada 19% bagi tahun taksiran 2016.

Impak/Faedah
Syarikat dan koperasi akan menikmati penjimatan cukai dan diharap lebihan pendapatan ini dapat memanfaatkan pekerja dengan pemberian insentif dan bonus yang lebih baik.

Membantu kesediaan menghadapi GST
·         Geran latihan sebanyak RM100 juta untuk peniaga melatih kakitangan mengenai GST.
·         Bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada PKS untuk membeli perisian perakaunan.
·         Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan.
·         Potongan cukai tambahan diberikan atas perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST.
Membantu dan menggalakkan peniaga membuat persediaan awal menghadapi pelaksanaan GST pada April 2015.

NBOS
·         Peruntukan sebanyak RM356 juta untuk:
-      Membuka 4 buah lagi UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis serta 1 mini UTC di Kedah.
·         Mempergiatkan latihan peningkatan kemahiran atau upskilling kepada 5,000 pelatih melalui Program 1Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor Awam dan Program 1Malaysia Training Centre bagi sektor Swasta.

Impak/Faedah
Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek dan program Kerajaan melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS).

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)