BAJET 2015: IMPAK & FAEDAH (STRATEGI KETUJUH)

STRATEGI KETUJUH | MENSEJAHTERA RAKYAT
Strategi menyediakan inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.


Bantuan Persekolahan
·     Meneruskan pemberian Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula Januari 2015 – peruntukan RM540 juta.
Impak/Faedah
Bantuan tunai ini akan dapat meringankan beban kewangan untuk memulakan persekolahan kepada 5.4 juta pelajar.

Program Baucar Buku 1Malaysia
·                        Meneruskan Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 kepada penuntut Tingkatan 6, Matrikulasi, IPTA dan IPTS warganegara Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.
Impak/Faedah
Meringankan kos pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian kepada 1.3 juta penuntut.

Bantuan kepada nelayan
·         Elaun sara hidup nelayan dinaikkan:
-      Zon A - daripada RM200 kepada RM300 sebulan
-      Zon B dan C kepada RM250 sebulan
·         Buat pertama kali nelayan darat sepenuh masa diberi elaun RM200 sebulan.
Impak/Faedah
Meringankan bebanan hidup nelayan semasa musim tengkujuh.
Memanfaatkan lebih 44 ribu nelayan.
·         Tambahan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk membaik pulih rumah dan membina rumah kepada nelayan yang memerlukan.
·         Membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah luar bandar – peruntukan RM200 juta.
Impak/Faedah
Menyempurnakan projek perumahan dan baik pulih rumah kepada nelayan di seluruh negara.
Membantu nelayan dan penduduk luar bandar memiliki rumah yang selesa.

Membanyakkan Pasar Tani dan Pasar Ikan
·         Membuka 65 buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar lkan beroperasi setiap hari di lokasi terpilih bermula 2015-2017. Setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara.
Impak/Faedah
Memperluas kesediaan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.
Memberi peluang perniagaan kepada petani dan nelayan.
Meningkatkan industri berkaitan pertanian dan perikanan.

Penambahan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
·         Menambah 20 buah KR1M lagi menjadi semuanya 130 KR1M di seluruh Semenanjung Malaysia.
·         Tambahan 2 buah KR1M di Sabah menjadikan 16 buah dan tambahan 3 buah KR1M di Sarawak menjadikan 19 buah.
Impak/Faedah
Memperluas penawaran barangan keperluan asas dengan harga lebih murah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Memperluas pasaran produk keluaran IKS tempatan sekaligus mempergiat kegiatan ekonomi.

Meningkatkan kemudahan pengangkutan awam
·         Memberi diskaun 30% untuk pas bulanan perkhidmatan bas melibatkan perjalanan Rawang-Kuala Lumpur, Klang-Kuala Lumpur dan Seremban-Kuala Lumpur.
·         Menyediakan perkhidmatan Electric Train Services (ETS) antara Ipoh-Butterworth bermula April 2015.
·         Meningkatkan perkhidmatan bas berhenti-henti secara berperingkat di beberapa ibu negeri melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
Impak/Faedah
Memberi kemudahan serta mengurangkan kos pengangkutan kepada penduduk yang menetap di luar dan bekerja di Kuala Lumpur.
ETS dapat meningkatkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan terutama kepada penumpang yang selalu berulang alik.   

Bantuan kepada pekebun kecil getah
·         Mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang bagi melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan - RM100 juta disediakan kepada Lembaga Getah Malaysia.
·         Pinjaman mudah kepada 64 buah koperasi pekebun kecil untuk membeli getah terus daripada pekebun kecil getah - RM6.4 juta.

Bantuan kepada pekebun kecil kelapa sawit
·         Meneruskan insentif untuk penanaman baru dan penanaman semula - RM41 juta.
·         Pengecualian duti eksport minyak sawit mentah (CPO) dilanjutkan sehingga bulan Disember 2014.
Impak/Faedah
Mengawal harga getah dan kelapa sawit mentah agar tidak terus menjejaskan pendapatan pekebun kecil.
Bantuan untuk menggalakkan penanaman baru dan penanaman semula.

Mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan
·         Membina 2 hospital, 20 klinik kesihatan dan 4 klinik pergigian baharu.
·         Menambah 30 Klinik 1Malaysia (K1M) menjadikan jumlah keseluruhan 290 buah di seluruh negara.
·         Membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya.
·         Menempatkan 30 orang Doktor Perubatan di 30 K1M.
·         Mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
·         Menyediakan ruang untuk menempatkan 244 unit mesin hemodialisis untuk pihak swasta menyumbang sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka.
·         Menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut dengan peruntukan sebanyak RM45.4 juta.
·         Mengagihkan 55,000 unit test kit denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan pengesanan awal denggi secara percuma – peruntukan sebanyak RM30 juta. 
Impak/Faedah
Menyediakan kemudahan kesihatan yang terbaik demi kesejahteraan hidup rakyat.
Membanyakkan kemudahan kesihatan dengan harga yang mampu dibayar kepada penduduk bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

·         Meningkatkan pelepasan cukai untuk rawatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung daripada RM5,000 kepada RM6,000. Pelepasan turut meliputi pasangan dan anak yang mengidap penyakit tersebut.
Impak/Faedah
Mengurangkan cukai pendapatan yang perlu dibayar, maka bebanan kewangan untuk kesihatan dapat dikurangkan.
Kesejahteraan wanita, warga emas, OKU dan warga miskin
·         Menyediakan RM1.2 bilion bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
·         Menaikkan kadar bantuan bagi OKU:
-      Bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
-      Tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
·         Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada RM8 kepada RM16.
·         Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada RM500 ribu kepada RM1 juta ringgit.
·         Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.
Impak/Faedah
Memaksimumkan potensi golongan OKU.
Mengurangkan bebanan saraan OKU dan warga emas.
Menampung belanja harian penghuni di pusat-pusat penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

·         Menaikkan pelepasan cukai bagi tanggungan setiap anak OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000.
·         Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Impak/Faedah
Memberi lebihan kewangan untuk menampung perbelanjaan atas keperluan lain.

·                        Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-kanak melibatkan Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS, PERMATA dan Tabika Perpaduan – peruntukan RM711 juta.
Impak/Faedah
Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran di awal usia  agar kanak-kanak lebih kreatif, bijak dan mampu berfikir.

Rumah mampu milik dan selesa
·         PR1MA - tambahan 80 ribu unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM10 ribu. 
·         Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.
·         Program Perumahan Rakyat - Jabatan Perumahan Negara membina 26 ribu unit rumah dengan peruntukan RM644 juta.
·         Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat serta 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
·         Mengurangkan kos membeli rumah melalui pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman dan menaikkan had harga rumah daripada RM400 ribu kepada RM500 ribu. Pengecualian ini diberikan sehingga 31 Disember 2016.
·         Menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada RM500 ribu, selaras dengan pengecualian duti setem tersebut. Di samping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.
·         Bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang mendiami perumahan kos rendah awam, peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM40 juta disediakan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Awam. Manakala bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta pula, RM100 juta disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.
Impak/Faedah
Meningkatkan pemilikan rumah terutamanya kepada pemilik rumah pertama.
Memastikan harga rumah di pasaran adalah mampu dibeli dan selesa untuk diduduki.
Merancakkan aktiviti sektor pembinaan dan ini membantu mengembangkan ekonomi negara.

Menambah infrastruktur luar bandar
·         Penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah di seluruh negara – peruntukan RM1.1 bilion.
·         Membekal air bersih kepada 7,500 buah rumah di luar bandar – peruntukan RM394 juta.
·         Menambah 10 batang tiang lampu jalan menjadikan semuanya 20 batang tiang lampu jalan bagi setiap kampung. Melibatkan 22 ribu kampung di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM56 juta.
·         Menggiatkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan peruntukan RM3 bilion yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari untuk kegunaan Lembah Klang.
Impak/Faedah
Kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik merupakan keperluan asas yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat.
Infrastruktur ini turut menyumbang kepada kepesatan pembangunan dan menggiatkan aktiviti ekonomi.

·         Membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah luar bandar – peruntukan RM200 juta.
Impak/Faedah
Membantu penduduk luar bandar memiliki rumah yang selesa.

Perkhidmatan Awam
·         252 skim perkhidmatan sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
·         Bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan kepada pegawai dan kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib
·         Had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80 ribu kepada RM120 ribu dan had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450 ribu kepada RM600 ribu. Wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 dimansuhkan bermula 1 Januari 2015.
·         Meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Sebanyak 5,380 unit rumah akan dibina pada 2015 (Putrajaya - 1,600 unit; Bukit Jalil - 1,530 unit; Papar, Sabah - 1,290 unit dan Bukit Pinang, Kedah - 960 unit).
·         PPA1M ditambah baik:
- Menurunkan harga minimum rumah PPA1M daripada RM150 ribu kepada RM90 ribu seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi.
- Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000.
·         Menyediakan dana mudah cara sehingga 25% daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.
·         Pemberian setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 - dibayar pada bulan Januari 2015. Pesara Kerajaan  mendapat bantuan khas sebanyak RM250.
Impak/Faedah
Membantu meringankan beban kewangan golongan yang mudah terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.  
Menjana ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli dan penggunaan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
·         Isi rumah berpendapatan bulanan RM3 ribu dan ke bawah menikmati kenaikan BR1M daripada RM650 kepada RM950 dan pembayaran bantuan akan dibuat sebanyak tiga kali setahun.
·         Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3 ribu - RM4 ribu menikmati kenaikan BR1M daripada RM450 kepada RM750 dan pembayaran bantuan akan dibuat sebanyak tiga kali setahun.
·         Individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2 ribu sebulan akan menikmati kenaikan BR1M daripada RM300 kepada RM350 dengan bayaran sekali gus pada awal tahun 2015.
·         Insurans takaful berkelompok atau i-BR1M digantikan dengan Skim Khairat Kematian yang akan dinikmati waris penerima BR1M sebanyak RM1,000 dengan perlindungan bagi tempoh setahun.
Impak/Faedah
Menjana ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli dan penggunaan.

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)