BAJET 2015: IMPAK & FAEDAH (STRATEGI KELIMA)

Strategi untuk meningkatkan sumbangan wanita dalam pembangunan Negara serta memastikan kesejahteraan dan kebajikan wanita sentiasa terpelihara.

·         Program 1Malaysia Support for Housewife memberi latihan kemahiran dan galakkan kepada wanita kembali ke pasaran kerja.
·         Talent Corp mewujudkan Program Women Career Comeback untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan kelayakan professional.
Impak/Faedah
Inisiatif untuk menambah baik peluang wanita kembali ke alam pekerjaan.
Menggalakkan wanita berkemahiran kembali ke pasaran pekerjaan profesional bagi meningkatkan bilangan wanita dalam sumber tenaga kerja.

·         Meneruskan program-program pembangunan kepada usahawan wanita termasuk Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal atau I-KIT, Program Inkubator Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita.
·         Menyuntik semangat keusahawanan di kalangan wanita melalui peruntukan khusus usahawan wanita India RM30 juta yang disediakan melalui AIM.
Impak/Faedah
Memberi peluang lebih ramai wanita terlibat dalam bidang keusahawanan.
Meningkatkan keupayaan perniagaan kepada golongan wanita menerusi latihan keusahawanan.

·         Mengadakan Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon Timur, Utara dan Tengah melalui pembelian premis.
Memberi jaminan keselamatan kepada wanita yang memerlukan perlindungan daripada ancaman dan bahaya.
·         Menambah baik kemudahan Cuti Menjaga Anak, tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015.
-      Terhad untuk tempoh satu tahun
-      Diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya
·         Menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta - Pindaan garis panduan sedia ada dengan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Impak/Faedah
Memberi keselesaan kepada wanita berkaitan penjagaan anak-anak.

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)