BAJET 2015 IMPAK DAN FAEDAH (STRATEGI PERTAMA)


“Ekonomi Keperluan Rakyat"

“Mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan,  sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy”

YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia
Pembentangan Bajet 2015
10 Oktober 2014

Pengenalan
Bajet 2015 yang bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat‘ menitikberatkan keseimbangan antara pengurusan ekonomi negara secara mapan dan memastikan keutamaan dan kepentingan rakyat terus terpelihara. Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada kadar 6.3 peratus pada separuh 2014 memberi rangsangan kepada  Bajet 2015 untuk terus memperteguh ekonomi negara. Selaras dengan itu, peruntukan keseluruhan telah dipertingkatkan sebanyak RM9.8 bilion berbanding Bajet 2014 kepada RM273.9 bilion. Tujuh strategi utama telah digariskan dalam bajet pelengkap kepada Rancangan Malaysia ke-10 ini. 

Strategi Pertama     : Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
Strategi Kedua        : Memantap Tadbir Urus Fiskal
Strategi Ketiga        : Mengupaya Modal Insan Dan Keusahawanan
Strategi Keempat    : Memperkasa Agenda Bumiputera
Strategi Kelima       : Memartabat Peranan Wanita
Strategi Keenam      : Membangun Program Transformasi Belia Negara
Strategi Ketujuh      : Mensejahtera Rakyat

PERUNTUKAN BAJET 2015
Peruntukan Keseluruhan               - RM273.9 bilion
Perbelanjaan Mengurus                - RM223.4 bilion
Perbelanjaan Pembangunan         - RM50.5 bilion

Strategi untuk menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing. Tumpuan diberi kepada bidang perkhidmatan, perindustrian, pelancongan, kandungan kreatif, inovasi dan pembangunan PKS.

Pembiayaan
·  Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion – membiayai hingga RM5 juta termasuk 70% jaminan Kerajaan. Memanfaatkan 4 ribu syarikat PKS.
·         Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport sebanyak RM300 juta bagi menggalakkan PKS menjalankan kajian pasaran dan promosi eksport untuk menembusi pasaran baru.
·         RM20 juta diperuntukkan untuk Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK dan Persatuan Francais Malaysia.
·         SME Investment Partner adalah bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman dan ekuiti berjumlah RM375 juta.
·         Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS dengan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi meningkatkan penggunaan teknologi baru, automasi dan inovasi.
·         Mewujudkan Dana Industri Kandungan Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memajukan industri kreatif seperti animasi, perfileman, seni reka, dan warisan budaya – RM100 juta.
Merancakkan penglibatan PKS dalam aktiviti ekonomi.
Menggiatkan industri berasaskan kreativiti dan inovasi.
Melonjak sumbangan PKS dalam KDNK kepada 41% menjelang 2020.

·      Mewujudkan Research Incentive Scheme for Enterprise (RISE) peruntukan RM10 juta sebagai galakan penubuhan pusat penyelidikan dalam bidang teknologi tinggi dan ICT kepada sektor swasta.
Impak/Faedah
Memberi manfaat 1,000 peluang pekerjaan

·         Pembiayaan oleh TEKUN sejumlah RM3.1 bilion dengan had pembiayaan antara RM1,000 – RM100,000.
-       RM350 juta diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera – memanfaatkan 33 ribu peminjam baru.
-      RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India – memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India.
-      RM50 juta untuk Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional – 5,000 wanita profesional mendapat manfaat.
-      RM50 juta untuk Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera – ditawarkan kepada 5,000 bekas tentera yang tidak berpencen.
-      Usahawan daripada kaum Cina disediakan pinjaman mudah sebanyak RM50 juta.
-      Penjaja dan peniaga kecil diperuntukkan RM30 juta dalam bentuk pembiayaan.
Impak/Faedah
TEKUN akan membantu 300 ribu peminjam membiayai perniagaan yang baru diceburi atau untuk mengembangkan perniagaan.

Pelaburan
·         Membina Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Klang sepanjang 59 km (kos RM5.3 bilion).
·         Membina Lebuh Raya Damansara – Shah Alam sepanjang  47 km (kos RM4.2 bilion).
·         Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur – Hubungan Timur sepanjang 36 km (kos RM1.6 bilion).
·         Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 km dari Selayang ke Putrajaya (anggaran RM23 bilion).
·         Projek LRT3 akan menghubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (anggaran RM9 bilion).
·         Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 km (kos RM5 bilion).
·         Menaik taraf landasan kereta api jajaran Pantai Timur: Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat (RM150 juta).

Impak/Faedah
Merancakkan pembangunan melalui pelaburan awam dan swasta.
Menambah baik jaringan perhubungan lebuh raya di Lembah Klang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Menambah laluan alternatif ke Utara dan menambah kecekapan pengangkutan kereta api di Pantai Timur.

 Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dengan nilai pelaburan RM69 bilion.

Impak/Faedah
Mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas.

·         Pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi dan pembinaan kabel dasar laut, kos RM2.7 bilion untuk tempoh 3 tahun.

Impak/Faedah
Meningkatkan infrastruktur jalur lebar di kawasan ekonomi berimpak tinggi meliputi ibu negeri dan bandar raya terpilih seluruh negara.
Memberi pilihan kepada pelabur asing melabur di negeri-negeri dan tidak hanya tertumpu di Lembah Klang.

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)