BAJET 2015: IMPAK & FAEDAH (STRATEGI KEEMPAT)

Strategi memperkasa Bumiputera terus menjadi agenda nasional dalam memastikan keseimbangan dalam penguasaan ekonomi. Ke arah itu, penciptaan kekayaan baru dan penjanaan ekonomi yang mampan dilakukan tanpa meminggirkan kepentingan kaum lain.

Keusahawanan dan PKS
Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam anak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melalui EKUINAS – RM600 juta

Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan Bumiputera.

Memperluas Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) ke Sabah dan Sarawak – RM30 juta.

Memperkenalkan program pre-eksport untuk syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan antarabangsa, dan market survey keluaran Bumiputera, sasaran 60 syarikat.

Memperluaskan program carve-out and compete secara meritokrasi meliputi projek Kerajaan dan penswastaan termasuk projek MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.

Kemudahan pembiayaan dan kredit kepada PKS Bumiputera menerusi:
-     - Pembiayaan antara RM50,000 hingga RM1 juta melalui Akaun Pelaburan Terhad atau Restricted Investment Account (RIA) patuh syariah di Bank Islam dengan peruntukan RM200 juta.
-        - Pembiayaan kepada 346,000 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) - RM1.8 bilion.

Impak/Faedah
Inisiatif untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.
Membantu mengembangkan perniagaan dan perusahaan bumiputera ke peringkat antarabangsa.

Pendidikan
·          Peruntukan sebanyak RM2 bilion melalui MARA untuk menaja pelajar Bumiputera yang layak untuk melanjutkan pelajaran.
·          RM72 juta diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk pemberian biasiswa, latihan dan bantuan kewangan yang akan memanfaatkan 5 ribu Bumiputera.
Impak/Faedah
Memperkasa Bumiputera melalui pendidikan.

Pembangunan Sabah dan Sarawak
Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan jajaran Sabah sepanjang 727 km - kos pembinaan RM27 bilion.

Membina jalan luar bandar termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak sepanjang 635 km – peruntukan RM943 juta.

Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baharu – peruntukan RM160 juta.
Mentransformasi pembangunan di keseluruhan Sabah dan Sarawak.
Meningkatkan jaringan perhubungan sehingga ke pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pembukaan satu lagi mini UTC dan RTC masing-masing di Sabah dan Sarawak.
Impak/Faedah
Memudahkan urusan masyarakat luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

  •       Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan di Lubok Antu, Sarawak.
  •       Menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau, Sabah.
  •      Menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas, Sabah.
Impak/Faedah
Memberi kemudahan kesihatan yang berkualiti kepada penduduk Sabah dan Sarawak terutamanya di pedalaman.
Membolehkan pesakit kanser mendapat rawatan kanser di Sabah tanpa perlu terbang ke Semenanjung Malaysia.

·     Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mendapat peruntukan sebanyak RM660 juta untuk memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang 1,733 km.
·         Menghantar dua batalion baru daripada PDRM dan ATM sejumlah 1,280 anggota.
·         Membina kem baru iaitu kem PDRM di Beluran dan kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
·         Pemasangan sistem radar pengawasan berkeupayaan tinggi.
·         Menggunakan pelantar minyak yang telah diubah suai dan sebuah kapal auxillary sebagai Sea Basing di perairan ESSZONE – peruntukan sebanyak RM230 juta melalui program CSR Petronas.
·         Memanjangkan landasan Lapangan Terbang Lahad Datu bagi membolehkan pendaratan pesawat berkeupayaan tinggi serta memindahkan Skuadron Hawk daripada Butterworth ke Labuan – peruntukan RM50 juta.
·         Petempatan semula perkampungan-perkampungan air di Semporna dan Sandakan secara  berperingkat.
Impak/Faedah
Memastikan keselamatan perairan timur Sabah di tahap yang tertinggi.
Memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Sabah dan juga Sarawak.
Terus memastikan aktiviti ekonomi berjalan lancar malah terus rancak.

Bekalan makanan dan penyeragaman harga barangan asas
·     Subsidi padi bukit julung kali diperkenalkan bagi memperkukuh rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak – peruntukan RM70 juta memanfaatkan kawasan seluas 76,000 hektar.
·      RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian di Sabah dan Sarawak.
Impak/Faedah
Mempertingkat pengeluaran beras bukit tempatan di samping menambah bekalan beras.
Menurunkan harga barangan keperluan harian agar lebih seimbang antara di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.  
Mengurangkan bebanan hidup penduduk.
SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)