Waspada TANAH RUNTUH

Faktor-faktor yang menyebabkan tanah runtuh

  • Hujan lebat berterusan.
  • Ribut tropika.
  • Kesan perbuatan manusia seperti kerja-kerja pemotongan lereng bukit yang tidak terkawal, penyalahgunaan tanah di kawasan tinggi dan kerja pembersihan hutan/ladang.
  • Sistem perparitan yang tidak mencukupi atau tidak diselenggara dengan baik.

Kawasan berisiko


  • Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
  • Cerun atau saliran air.
  • Potongan atau tambakan benteng.
  • Pembangunan lereng bukit. 

SEBELUM KEJADIAN

 Tanda-tanda Awal Berlaku Tanah Runtuh

Scan untuk dapatkan panduan
Persediaan Hadapi Bencana

  • Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
  • Kesan bonggol atau rekahan tanah.
  • Tanah berganjak.
  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  • Kerosakan paip air, gas atau pembetung bawah tanah.
  • Perubahan arah aliran air.
  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  • Jajaran barisan pagar berubah.
  • Jalan mendap.
  • Pintu atau tingkap rumah/bangunan sukar ditutup.

Persediaan Awal


  • Dapatkan maklumat daripada pihak berkuasa sama ada berlaku tanah runtuh di kawasan sekitar.
  • Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
  • Bina tembok penahan atau buat saliran air.
  • Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling seperti runtuhan atau pergerakan kecil tanah cerun dan kecondongan pokok yang berterusan.
  • Jika hujan berterusan, berpindahlah dengan segera ke tempat selamat.
  • Jika bangunan/rumah anda terletak berhampiran dengan aliran air seperti sungai dan arusnya bertukar lebih laju atau perlahan serta lebih berlumpur, berpindahlah ke tempat lebih selamat.
  • Hubungi pihak berkuasa untuk memberi maklumat atau mendapatkan bantuan.
  • Jika anda memandu di kawasan berbukit, berhati-hati memandu ketika dan selepas hujan lebat.

SEMASA KEJADIAN


  • Dengar jika terdapat bunyi pelik yang sangat kuat. Ia menandakan runtuhan berlaku.
  • Lari keluar dari rumah/bangunan. Elak kawasan laluan runtuhan.
  • Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
  • Hubungi segera pihak berkuasa.
  • Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.
  • Sentiasa ikuti perkembangan melalui radio atau televisyen.

Di dalam rumah jika tidak sempat lari


  • Naik ke tingkat atas jika boleh.
  • Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh (berlindung jika berlaku runtuhan disebabkan rempuhan).

Di luar rumah


  • Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
  • Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
  • Waspada pada aliran air sungai yang tiba-tiba laju atau perlahan, atau terlalu berlumpur. Selamatkan diri dengan segera. Jangan berlengah. Tinggalkan barangan anda.
  • Memandu adalah merbahaya. Jika memandu sentiasa waspada kepada tanda-tanda runtuhan.

Jika tidak sempat melarikan diri


  • Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
  • Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN


  • Jauhi kawasan runtuhan.
  • Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
  • Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
  • Dengar pengumuman menerusi media massa.
  • Awas! Banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
  • Periksa tapak rumah dan tanah di persekitaran anda.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
  • Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.


Comments

Popular posts from this blog

Tunku Abdul Rahman speech at the 1st Muslim Summit 1969

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi