BAJET 2015: IMPAK & FAEDAH (STRATEGI KEENAM)

Strategi untuk memperhebatkan sumbangan belia dalam arus pembangunan negara menerusi Pelan Transformasi Belia Negara.

Pelan Transformasi Belia Negara
·         Peruntukan RM320 juta:
-      Mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan memperkenalkan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.
-      Memperkenalkan Program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan belia Malaysia.
-      Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp – RM10 juta.
-      Aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa
-      Menambahbaik Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti.
-      Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank - memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa.
-      Melaksanakan Program Agropreneur Muda - sasaran pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
-      Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya (PADU).
·         Malaysia Youth City - RM100 juta - bandar belia yang menyediakan peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kemudahan sukan dan perumahan.
Impak/Faedah
Meningkatkan keupayaan belia bagi membolehkan mereka sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.
Meningkatkan peluang belia maju dalam bidang keusahawanan.

Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme
·         Tawaran pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi RM500 ribu kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10 ribu. Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.
·         Menerima pembiayai RM200 sebulan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman. Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberi.
·         Jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus turut diberikan bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh termasuk kos insurans. Simpanan daripada Akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan.
·         Tawaran secara ‘first come first served basis’ untuk 20,000 unit rumah.
Meningkatkan pemilikan rumah terutamanya kepada pemilik rumah pertama termasuk belia.
Memastikan harga rumah di pasaran adalah mampu dibeli dan selesa untuk diduduki.

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)