BAJET 2015: IMPAK & FAEDAH (STRATEGI KETIGA)

Strategi untuk meningkatkan keupayaan modal insan dan guna tenaga melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Meningkatkan komponen gaji dalam KDNK daripada takuk 34% kini kepada 40% menjelang 2020.

Pendidikan
·            Sektor pendidikan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan peruntukan RM56 bilion.
·            Pemantapan sekolah menerusi program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah dengan peruntukan RM250 juta.
Impak/Faedah
Memperkukuh sistem pendidikan negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Teknik dan Vokasional
·            Meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti melalui Program Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf kolej dengan peruntukan RM1.2 bilion.
·            RM100 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah program Latihan Teknikal dan Vokasional (TEVT) untuk menempatkan pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta.
·            RM50 juta diperuntukkan kepada MARA bagi pelaksanaan Program TEVT.
Impak/Faedah
Program TEVT Kementerian Pendidikan akan memanfaatkan 10 ribu pelajar.
Membuka lebih banyak peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang teknik dan vokasional.
Meningkatkan kesediaan bekalan pasaran kerja berkemahiran sebanyak 46% menjelang 2020.

Sekolah
·          Memperluas program Sekolah Amanah (kuasa autonomi diberi kepada Pengetua untuk mengurus sekolah) sebanyak 20 buah di Johor, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan peruntukan RM10 juta.
·          Pembinaan 12 buah sekolah baru melibatkan 7 sekolah rendah, 3 sekolah menengah dan 2 sekolah berasrama penuh.
·          Pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM800 juta.
-       Sekolah Kebangsaan RM450 juta
-       Sekolah Jenis Kebangsaan Cina RM50 juta
-       Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM50 juta
-       Sekolah Mubaligh RM50 juta
-       Sekolah Berasrama Penuh RM50 juta
-       Sekolah Agama Bantuan Kerajaan RM50 juta
-       MRSM RM50 juta
-       Sekolah Pondok yang berdaftar RM25 juta
-       Sekolah Menengah Kebangsaan Cina yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan RM25 juta.
-       Pembayaran penuh atau siling sebanyak RM5,000 untuk pembayaran bil elektrik dan air sebulan kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Pendidikan Tinggi
·          Peruntukan penajaan pelajaran sebanyak RM3 bilion dengan pembahagian RM1.9 bilion kepada JPA, RM759 juta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan RM258 juta kepada Kementerian Kesihatan.
·          RM112 juta diperuntukkan untuk program MyBrain15. Program untuk sektor swasta ini diperluas kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun.
Impak/Faedah
Meluaskan peluang mendapat penajaan dan meringankan kos pelajaran. Meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran kepada pekerja swasta, awam dan badan berkanun.

·          Mengkaji semula kurikulum dan program latihan industri graduan dengan peruntukan RM30 juta oleh Talent Corp melalui program Industry Academia Collaboration.
Impak/Faedah
Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui latihan industri dan internship yang selari dengan keperluan industri.

·          10% rebat diberikan kepada peminjam PTPTN jika membuat pembayaran balik secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015.
·          Tawaran diskaun sehingga 20% diberi kepada peminjam PTPTN jika melangsaikan pembayaran balik secara penuh (lump sum) bermula 10 Oktober 2014 sehingga 31 Mac 2015.
Impak/Faedah
Inisiatif untuk menggalakkan bayaran balik pinjaman PTPTN.
Mengurangkan beban kewangan kepada peminjam.



Latihan kemahiran
·         Memperkenal program upskilling dan reskilling baru iaitu Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MalaysiaGRIP – peruntukan RM300 juta di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.
Impak/Faedah
Melatih 30 ribu pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan menambah kemahiran baru.

·            Pengambilan pelajar sepenuh masa dilakukan 2 kali setahun untuk mengoptimumkan kapasiti 32 institut latihan Jabatan Tenaga Kerja dengan penawaran 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan - peruntukan RM570 juta.
Impak/Faedah
Memanfaatkan 48 ribu peserta dalam tempoh 5 tahun terdiri daripada lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan universiti dan kolej serta pekerja industri separuh mahir.

Kebajikan pekerja
·               Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan dikaji semula terma dan syarat pekerjaan, pelantikan dan pemberhentian, waktu bekerja yang fleksibel dan faedah penamatan kerja.
·               Memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan untuk membantu golongan pekerja yang diberhentikan melalui pemberian bantuan saraan sementara dan peluang latihan reskilling dan upskilling.
·               Latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan belia India terutama dari keluarga berpendapatan rendah dengan peruntukan RM30 juta.

SUMBER: Kementerian Kewangan Malaysia, 
Pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober 2014 

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA (ENGLISH)

Bersedia untuk gempa bumi

The Complete List of Emulsifier Codes (part 2)